Kelas ‘3 Useful Powerpoint Trick’

10 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Ogos 2020 - Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint 3 Useful Powerpoint Trick. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara menggunakan fungsi-fungsi animasi dalam persembahan slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint kepada para pelajar sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Microsoft PowerPoint, kemudian membuat fungsi pertama menyenarai perkataan menjadi animasi menggunakan animasi Wipe from left by letter, fungsi kedua menyenaraikan perkataan dan menggunakan fungsi pertama dengan tambah memasukkan warna kepada perkataan yang digunakan dan fungsi terakhir menggabungkan fungsi pertama dan kedua tetapi ditambah dengan senarai bermula secara mengundur dengan menggunakan fungsi yang disediakan oleh Microsoft PowerPoint.

Selepas kelas pelajar di uji dengan soalan asas keselamatan semasa melayari internet dan soalan berdasarkan kemerdekaan Malaysia sempena bulan ogos adalah bulan kemerdekaan, dengan menggunakan website www.kahoot.com. Seramai 3 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang. Kelas diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas